Wednesday, July 3, 2013

Latar Belakang Pusat Sumber BTPN W.P.Labuan

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan pada awalnya terletak di Jalan Mohamad Salleh Kampung Bukit Kalam W.P.Labuan. Pada 18 Oktober 2012, telah berlangsung majlis penyerahan bangunan baharu BTPN W.P.Labuan. Terletak di KM 13, Jalan Bukit Besar, Kg.Sg. Lada dengan keluasan 4.18ekar. Selain daripada pusat sumber, terdapat juga bilik rakaman, bilik pembelajaran, bilik latihan, asrama, surau, dewan makan dan lain-lain.

Di dalam pusat sumber ini terdapat pelbagai koleksi buku seperti sejarah, sains  dan teknologi, motivasi, masakan dan sebagainya. Ada juga terdapat siri novel daripada novelis tempatan dan luar Negara. Koleksi cakera padat untuk alat bantu mengajar (ABM) turut sediakan di pusat sumber ini.


Di samping itu, ada juga disediakan meja mesyurat dan ruang pembacaan di dalam pusat sumber ini. Juga terdapat rujukan khas untuk staf dan juga guru. Buletin dan majalah turut menjadi salah satu koleksi pembacaan di dalam pusat sumber ini.

No comments:

Post a Comment